Friday, November 24, 2006

Mutiara 51 - Syurga & Neraka

Antara kebaikan dan keburukan, jarang-jarang ada perkongsian kepercayaan yang jelas antara keduanya meskipun setiap orang mengakui kebaikan itu sememangnya baik dan tidak akan memburuk, manakala keburukan itu ada potensi menjadi baik. Cuba renung pemikiran yang dikandung oleh kefalsafahan peribahasa Cina ini:
"Syurga mempunyai jalan, tetapi tiada seorang pun melaluinya; neraka mempunyai pintu masuk, tetapi manusia berebut-rebut menggali-gali bumi untuk memasukinya."
(Peribahasa Cina)

Wednesday, November 22, 2006

Mutiara Kata 50 - Titipan




Kata suatu renungan Arab,




"Jika kembali dari suatu perjalanan, titipkanlah buat keluargamu walau cuma sebutir batu."

Tuesday, November 21, 2006

Mutiara Kata 49 - Curiga

Dalam budaya dan tradisi sesetengah bangsa, kecurigaan menjadi pencetus pembelajaran yang berguna - mungkin perkiraan untung-rugi menjadi tumpuan di sini - seperti yang diisyaratkan oleh peribahasa Cina berikut,
"Kecurigaan yang mendalam menunjukkan kebijaksanaan yang hebat; kecurigaan yang sedikit mempamerkan kebijaksanaan yang sekelumit."

Friday, November 17, 2006

Mutiara Kata 48 - Resmi

Menggunakan maklumat dan kemudian menterjemahkannya menjadi ilmu adalah antara asas-asas penting yang diperlukan dalam pembentukan peribadi individu secara bermakna, sepertimana kata kata suatu peribahasa India,
"Jika anda tinggal di sungai, anda sepatutnya bersahabat dengan buaya."

Monday, November 13, 2006

Mutiara Kata 47 - Rancang

Sekiranya merancang untuk setahun, tanamlah padi. Sekiranya merancang untuk sepuluh tahun, tanamlah pohon; dan sekiranya merancang untuk 100 tahun, didiklah manusia."

(Peribahasa Cina)

Saturday, November 11, 2006

Mutiara Kata 46 - Burung & Lagu

Menunjukkan keriangan tidak selalunya memberi makna sebenar perasaan. Barangkali ada yang lain, selain daripada bersenang-senang hati semata-mata, kerana

"Burung menyanyi bukan disebabkan ia mempunyai jawaban. Ia menyanyi semata-mata kerana ia mempunyai lagu."

(Peribahasa Cina)

Thursday, November 09, 2006

Mutiara Kata 45 - Kegelapan

"Bukankah lebih baik sekiranya dinyalakan lilin atau pelita, daripada menyalahkan kegelapan serta-merta?"

Wednesday, November 08, 2006

Mutiara Kata 44 - Hikmah & Bebal

Seseorang yang berhikmah membuat keputusannya sendiri; seorang yang bebal hanya mengikut pendapat ramai.

Tuesday, November 07, 2006

Mutiara Kata 43 - Niat

"Mereka yang mengorbankan niat dan kesedaran semata-mata untuk mencapai cita-cita, seumpama membakar sekeping gambar semata-mata untuk memperoleh abunya."
(Peribahasa Cina)

Mutiara Kata 42 - Kepemimpinan

Ada suatu peribahasa Arab yang menyingkap soal kepemimpinan berkesan. Bunyinya:
"Suatu bala tentera biri-biri yang dipimpin seekor singa akan menumbangkan suatu bala tentera singa yang diketuai seekor biri-biri."

Monday, November 06, 2006

Mutiara Kata 41 - Sabar

"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan."

Sunday, November 05, 2006

Mutiara Kata 40 - Kaku

Satu peribahasa (Cina) yang menyentuh soal pembangunan mengunakan konsep rentak dan gerakan sebagai analogi, seperti yang saya baca pada peribahasa ini, agak unik.
"Usahlah bimbang sekiranya dewasa dengan perlahan; gusarkanlah sekiranya ia hanya kaku."
Atau seperti yang ini,
"Jangan bimbang jika melangkah ke hadapan dengan perlahan-lahan; berasa khuatirlah jika hanya berdiri tegak dan tidak ke mana-mana."

Friday, November 03, 2006

Mutiara Kata 39 - Tinta & Memori

Saya yakin, peribahasa Cina yang satu ini adalah antara yang tertinggi kandungan falsafahnya berbanding dengan peribahasa-peribahasa yang lain:


"Tinta, walaupun kelihatannya amat pucat dan mengering adalah lebih baik daripada memori yang paling hebat."

Mutiara Kata 38 - Malam & Mimpi

Semakin panjang malam, semakin berlanjutan mimpi kita."
(Peribahasa Cina)

Thursday, November 02, 2006

Mutiara Kata 37 - Masa & Emas

Bukan semua perkara boleh diperolehi dengan kekayaan sekiranya tiada pengetahuan dan kesedaran murni, seperti kata peribahasa Cina ini,
"Seinci masa adalah seinci emas; namun jangan pula anda fikir anda berupaya membeli seinci masa itu dengan seinci emas."

Wednesday, November 01, 2006

Mutiara Kata 36 - Syaitan

Kata satu lagi peribahasa Cina,

"Jika anda tidak pernah melakukan sesuatu yang buruk dan keji, tentunya anda tidak akan rasa sebarang ketakutan sama ada syaitan akan datang mengetuk pintu rumah anda."