Tuesday, February 27, 2007

Mutiara 59 - Mengenai Betul & Kebetulan

"Antara betul dan kebetulan, hanya hati yang menjarakkan kedua-duanya."

Thursday, February 08, 2007

Mutiara 58 - Nikmat & Rahmat

Fikirlah mengenai semua yang ada pada kita. Usahlah terlalu runsing dengan apa yang kita tiada. Hal ini sudah diterangkan dengan lunak oleh ayat 13, Ar-Rahman:

"Maka nikmat yang manakah dari Allah yang kamu dustakan?"

Tuesday, January 30, 2007

Mutiara 57 - Soal Matahari & Awan

Seperti matahari, ia tetap menyinar meski awan tebal melitupi.

Shah Alam
29 januari 2007

Tuesday, January 23, 2007

Mutiara 56 - Antara Cahaya & Bunyi

Setiap kali mengunjungi Melaka, saya pasti teringat persembahan cahaya dan bunyi yang suatu ketika dulu sangat sinonim dengan negeri itu. Tatkala hal yang sama saya fikirkan sekali-sekala, cahaya dan bunyi sentiasa dilihat sangat akrab dengan kehidupan manusia sehari-harian. Yang mana satukah ditanggap lebih baik? Saya pasti tidak ada jawaban yang diterima sebagai tepat. Ia cuma berbeza. Seperti kata-kata lama ini:
"Cahaya bergerak lebih pantas daripada bunyi; sebab itulah agaknya agak ramai juga orang yang kelihatannya amat cerdik dan bijak, sehinggalah apabila kita mendengar mereka berkata-kata!"

Monday, January 22, 2007

Mutiara 55 - Kehilangan

Kehilangan tidak semestinya kerugian. Ada masanya ia menjadi begitu hampir dan sangat akrab dengan kita. Ketika kehilangan wang ringgit, kerugiannya tentu dilihat kuantitinya, banyak atau sedikit. Kehilangan orang, disayang atau sebaliknya, dalam apa keadaannya sekalipun, sering pula dilihat melibatkan makna kehadiran. Begitu, kehilangan ada kalanya adalah juga kehadiran, selama mana kehadiran itu dimaknakan dalam jiwa.
Kathmandu, Nepal. 2004.

Thursday, January 11, 2007

Mutiara 54 - Silence

I am now convinced - especially after this pre-dawn 'conversation' with 'angelica' - that silence is not at all negative. To some people, it shows that silence is sometimes best described as 'naive' and 'genuine'. In other words, why bother to look around for answers when you actually don't need one, as one Arabian proverb says,
"Silence is the best answer to the stupid. The fool has his answer on the tip of his tongue."
Good morning Angelica.

Tuesday, January 09, 2007

Mutiara Kata 53 - Hikmah

Apa sebenarnya yang menjalin faktor usia dan hikmah kebijaksanaan manusia?
Manusia berada pada tahap lena yang menyenangkan tatkala sebelum dinihari; dan manusia berada pada tahap kebijaksanaan berhikmah tatkala meniti ketuaan."

Tuesday, December 05, 2006

Mutiara Kata 52 - Tangis & Tawa

Kata suatu mustika pemikiran India,
Ketika engkau lahir, engkau menangis dan dunia bergembira. Hidupilah hayatmu supaya tatkala engkau mati kelak, dunia akan menangis dan engkau bergembira."

Friday, November 24, 2006

Mutiara 51 - Syurga & Neraka

Antara kebaikan dan keburukan, jarang-jarang ada perkongsian kepercayaan yang jelas antara keduanya meskipun setiap orang mengakui kebaikan itu sememangnya baik dan tidak akan memburuk, manakala keburukan itu ada potensi menjadi baik. Cuba renung pemikiran yang dikandung oleh kefalsafahan peribahasa Cina ini:
"Syurga mempunyai jalan, tetapi tiada seorang pun melaluinya; neraka mempunyai pintu masuk, tetapi manusia berebut-rebut menggali-gali bumi untuk memasukinya."
(Peribahasa Cina)

Wednesday, November 22, 2006

Mutiara Kata 50 - Titipan




Kata suatu renungan Arab,




"Jika kembali dari suatu perjalanan, titipkanlah buat keluargamu walau cuma sebutir batu."

Tuesday, November 21, 2006

Mutiara Kata 49 - Curiga

Dalam budaya dan tradisi sesetengah bangsa, kecurigaan menjadi pencetus pembelajaran yang berguna - mungkin perkiraan untung-rugi menjadi tumpuan di sini - seperti yang diisyaratkan oleh peribahasa Cina berikut,
"Kecurigaan yang mendalam menunjukkan kebijaksanaan yang hebat; kecurigaan yang sedikit mempamerkan kebijaksanaan yang sekelumit."

Friday, November 17, 2006

Mutiara Kata 48 - Resmi

Menggunakan maklumat dan kemudian menterjemahkannya menjadi ilmu adalah antara asas-asas penting yang diperlukan dalam pembentukan peribadi individu secara bermakna, sepertimana kata kata suatu peribahasa India,
"Jika anda tinggal di sungai, anda sepatutnya bersahabat dengan buaya."

Monday, November 13, 2006

Mutiara Kata 47 - Rancang

Sekiranya merancang untuk setahun, tanamlah padi. Sekiranya merancang untuk sepuluh tahun, tanamlah pohon; dan sekiranya merancang untuk 100 tahun, didiklah manusia."

(Peribahasa Cina)

Saturday, November 11, 2006

Mutiara Kata 46 - Burung & Lagu

Menunjukkan keriangan tidak selalunya memberi makna sebenar perasaan. Barangkali ada yang lain, selain daripada bersenang-senang hati semata-mata, kerana

"Burung menyanyi bukan disebabkan ia mempunyai jawaban. Ia menyanyi semata-mata kerana ia mempunyai lagu."

(Peribahasa Cina)

Thursday, November 09, 2006

Mutiara Kata 45 - Kegelapan

"Bukankah lebih baik sekiranya dinyalakan lilin atau pelita, daripada menyalahkan kegelapan serta-merta?"

Wednesday, November 08, 2006

Mutiara Kata 44 - Hikmah & Bebal

Seseorang yang berhikmah membuat keputusannya sendiri; seorang yang bebal hanya mengikut pendapat ramai.

Tuesday, November 07, 2006

Mutiara Kata 43 - Niat

"Mereka yang mengorbankan niat dan kesedaran semata-mata untuk mencapai cita-cita, seumpama membakar sekeping gambar semata-mata untuk memperoleh abunya."
(Peribahasa Cina)

Mutiara Kata 42 - Kepemimpinan

Ada suatu peribahasa Arab yang menyingkap soal kepemimpinan berkesan. Bunyinya:
"Suatu bala tentera biri-biri yang dipimpin seekor singa akan menumbangkan suatu bala tentera singa yang diketuai seekor biri-biri."

Monday, November 06, 2006

Mutiara Kata 41 - Sabar

"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan."

Sunday, November 05, 2006

Mutiara Kata 40 - Kaku

Satu peribahasa (Cina) yang menyentuh soal pembangunan mengunakan konsep rentak dan gerakan sebagai analogi, seperti yang saya baca pada peribahasa ini, agak unik.
"Usahlah bimbang sekiranya dewasa dengan perlahan; gusarkanlah sekiranya ia hanya kaku."
Atau seperti yang ini,
"Jangan bimbang jika melangkah ke hadapan dengan perlahan-lahan; berasa khuatirlah jika hanya berdiri tegak dan tidak ke mana-mana."