Tuesday, December 05, 2006

Mutiara Kata 52 - Tangis & Tawa

Kata suatu mustika pemikiran India,
Ketika engkau lahir, engkau menangis dan dunia bergembira. Hidupilah hayatmu supaya tatkala engkau mati kelak, dunia akan menangis dan engkau bergembira."

Friday, November 24, 2006

Mutiara 51 - Syurga & Neraka

Antara kebaikan dan keburukan, jarang-jarang ada perkongsian kepercayaan yang jelas antara keduanya meskipun setiap orang mengakui kebaikan itu sememangnya baik dan tidak akan memburuk, manakala keburukan itu ada potensi menjadi baik. Cuba renung pemikiran yang dikandung oleh kefalsafahan peribahasa Cina ini:
"Syurga mempunyai jalan, tetapi tiada seorang pun melaluinya; neraka mempunyai pintu masuk, tetapi manusia berebut-rebut menggali-gali bumi untuk memasukinya."
(Peribahasa Cina)

Wednesday, November 22, 2006

Mutiara Kata 50 - Titipan




Kata suatu renungan Arab,




"Jika kembali dari suatu perjalanan, titipkanlah buat keluargamu walau cuma sebutir batu."

Tuesday, November 21, 2006

Mutiara Kata 49 - Curiga

Dalam budaya dan tradisi sesetengah bangsa, kecurigaan menjadi pencetus pembelajaran yang berguna - mungkin perkiraan untung-rugi menjadi tumpuan di sini - seperti yang diisyaratkan oleh peribahasa Cina berikut,
"Kecurigaan yang mendalam menunjukkan kebijaksanaan yang hebat; kecurigaan yang sedikit mempamerkan kebijaksanaan yang sekelumit."

Friday, November 17, 2006

Mutiara Kata 48 - Resmi

Menggunakan maklumat dan kemudian menterjemahkannya menjadi ilmu adalah antara asas-asas penting yang diperlukan dalam pembentukan peribadi individu secara bermakna, sepertimana kata kata suatu peribahasa India,
"Jika anda tinggal di sungai, anda sepatutnya bersahabat dengan buaya."

Monday, November 13, 2006

Mutiara Kata 47 - Rancang

Sekiranya merancang untuk setahun, tanamlah padi. Sekiranya merancang untuk sepuluh tahun, tanamlah pohon; dan sekiranya merancang untuk 100 tahun, didiklah manusia."

(Peribahasa Cina)

Saturday, November 11, 2006

Mutiara Kata 46 - Burung & Lagu

Menunjukkan keriangan tidak selalunya memberi makna sebenar perasaan. Barangkali ada yang lain, selain daripada bersenang-senang hati semata-mata, kerana

"Burung menyanyi bukan disebabkan ia mempunyai jawaban. Ia menyanyi semata-mata kerana ia mempunyai lagu."

(Peribahasa Cina)

Thursday, November 09, 2006

Mutiara Kata 45 - Kegelapan

"Bukankah lebih baik sekiranya dinyalakan lilin atau pelita, daripada menyalahkan kegelapan serta-merta?"

Wednesday, November 08, 2006

Mutiara Kata 44 - Hikmah & Bebal

Seseorang yang berhikmah membuat keputusannya sendiri; seorang yang bebal hanya mengikut pendapat ramai.

Tuesday, November 07, 2006

Mutiara Kata 43 - Niat

"Mereka yang mengorbankan niat dan kesedaran semata-mata untuk mencapai cita-cita, seumpama membakar sekeping gambar semata-mata untuk memperoleh abunya."
(Peribahasa Cina)

Mutiara Kata 42 - Kepemimpinan

Ada suatu peribahasa Arab yang menyingkap soal kepemimpinan berkesan. Bunyinya:
"Suatu bala tentera biri-biri yang dipimpin seekor singa akan menumbangkan suatu bala tentera singa yang diketuai seekor biri-biri."

Monday, November 06, 2006

Mutiara Kata 41 - Sabar

"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan."

Sunday, November 05, 2006

Mutiara Kata 40 - Kaku

Satu peribahasa (Cina) yang menyentuh soal pembangunan mengunakan konsep rentak dan gerakan sebagai analogi, seperti yang saya baca pada peribahasa ini, agak unik.
"Usahlah bimbang sekiranya dewasa dengan perlahan; gusarkanlah sekiranya ia hanya kaku."
Atau seperti yang ini,
"Jangan bimbang jika melangkah ke hadapan dengan perlahan-lahan; berasa khuatirlah jika hanya berdiri tegak dan tidak ke mana-mana."

Friday, November 03, 2006

Mutiara Kata 39 - Tinta & Memori

Saya yakin, peribahasa Cina yang satu ini adalah antara yang tertinggi kandungan falsafahnya berbanding dengan peribahasa-peribahasa yang lain:


"Tinta, walaupun kelihatannya amat pucat dan mengering adalah lebih baik daripada memori yang paling hebat."

Mutiara Kata 38 - Malam & Mimpi

Semakin panjang malam, semakin berlanjutan mimpi kita."
(Peribahasa Cina)

Thursday, November 02, 2006

Mutiara Kata 37 - Masa & Emas

Bukan semua perkara boleh diperolehi dengan kekayaan sekiranya tiada pengetahuan dan kesedaran murni, seperti kata peribahasa Cina ini,
"Seinci masa adalah seinci emas; namun jangan pula anda fikir anda berupaya membeli seinci masa itu dengan seinci emas."

Wednesday, November 01, 2006

Mutiara Kata 36 - Syaitan

Kata satu lagi peribahasa Cina,

"Jika anda tidak pernah melakukan sesuatu yang buruk dan keji, tentunya anda tidak akan rasa sebarang ketakutan sama ada syaitan akan datang mengetuk pintu rumah anda."

Tuesday, October 31, 2006

Mutiara Kata 35 - Mimpi

Kata sebaris peribahasa Cina,

"Impikanlah mimpi yang berlainan walaupun di atas katil yang sama."

Monday, October 30, 2006

Mutiara Kata 34 - Jiran & Rakan

Satu lagi peribahasa Arab yang tidak kurang berfalsafah tinggi:

"Tanyalah siapa jiran sebelum membuat rumah; lihatlah siapa rakan sebelum berjalan."

Friday, October 20, 2006

Mutiara Kata 33 - Kata & Senyap

Ada peribahasa Arab yang menarik, berbunyi:

"Sekiranya kata-kata diperbuat daripada perak, maka senyap itu diperbuat daripada emas."

Thursday, October 19, 2006

Mutiara Kata 32 - Marah yang murni

Kata Aristotle,
"Sebenarnya amatlah mudah untuk marah - sesiapa pun boleh melakukannya. Namun untuk berasa atau bertindak terhadap orang yang sepatutnya, pada tahap yang betul, pada masa yang tepat, dengan cara yang sesuai dan kena, ia tidaklah semudah itu. Bukan setiap orang mampu melakukannya. Untuk melakukan semua itu adalah sesuatu yang sangat jarang, namun terpuji dan amat mulia."

Wednesday, October 18, 2006

Mutiara Kata 31 - Kasih

Kehilangan seseorang - lenyap terus dari muka bumi atau sekadar tidak kelihatan rupa kerana dipisahkan oleh keadaan dan masa - memang memberi banyak kesan. Yang meninggalkan dunia, ditinggalkan mereka hanya nama, budi dan nesan di kuburan. Yang hilang di mata, hanya meninggalkan rindu dan nostalgia kenangan lama. Apa pun, sangatlah senang untuk mengingati betapa ada perkara lain - seperti ikatan tali yang menyimpul - yang mendekatkan kita dengan sesiapa sahaja. Kutipan kata-kata Thornton Wilder ini barangkali merumuskan semua makna, saya terjemah dan tafsir semudahnya:

"Malah, memori sekalipun, tidaklah perlu sebenarnya untuk menunjukkan cinta dan kasih. Di sana terdapat bumi untuk mereka yang hidup; ada juga bumi untuk mereka yang sudah mati dan pergi; dan titiannya ialah kasih, sesatunya yang hidup, sesatunya yang melangsungkan makna."

Tuesday, October 17, 2006

Mutiara Kata 30 - Cita-Cita

Dalam puisi karangan Henry van Dyke, disebutkan dengan bersahaja - namun indah - mengenai kemurniaan cita-cita, diterjemahkan secara bebas di sini:
"Ada cita-cita yang lebih murni dan agung selain daripada keinginan berada di puncak dunia. Cita-cita itu adalah dengan meletakkan diri kita nun jauh di bawah dan menjulang kemanusiaan sedikit lebih tinggi daripada diri kita sendiri."

Monday, October 16, 2006

Mutiara Kata 29 - Menerima kenyataan

Al-Ghazali pernah menggariskan beberapa perkara misalnya mengenai makanan - yang disifatkannya sebagai tidak konsisten dengan menerima kenyataan, kurang lebih begini,
"Mengkritik makanan dan mencari kesilapan dan kesalahan mengenainya adalah bererti menolak apa yang Allah SWT telah tentukan kerana menyalahkan apa yang dicipta atau dibuat bermakna juga menyalahkan si pencipta atau si pembuat sedangkan segalanya ditentukan oleh Allah SWT."

Friday, October 13, 2006

Mutiara Kata 28 - Menghargai detik-detik waktu

Saya pernah terbaca kata-kata yang indah, dicatatkan nama penulisnya Corita Kent, antara lain berbunyi,
"Cintailah setiap detik waktu itu. Bunga mekar dari celah kegelapan malam. Setiap detik waktu itu sentiasa penting dan diperlukan. Ia mempengaruhi keseluruhannya. Hidup adalah peralihan dan penggantian detik-detik waktu seumpama itu. Maka kejayaan adalah pada setiap saat kita menghidupkan setiap detik itu."

Thursday, October 12, 2006

Mutiara Kata 27 - Percaya & Faham

Kata Al-Ghazalli, kurang lebih,

"Untuk memahami, anda perlu mempercaya."

Wednesday, October 11, 2006

Mutiara Kata 26 - Kuasa

Menguji personaliti seseorang bukanlah sesuatu yang sukar. Berikanlah kepadanya amanah dan kuasa, lihat apa yang dilakukannya. Seperti kata Lincoln sekali dulu,
"Hampir-hampir kebanyakan lelaki berupaya menahan pelbagai rintangan, tetapi sekiranya mahu menguji perwatakan seseorang, berikan kepadanya kuasa."

Monday, October 09, 2006

Mutiara Kata 25 - Bangga & Percaya

Pernah terbaca di mana-mana,

"Berbanggalah sekadarnya mengenai betapa jauh sebenarnya anda berjalan sehingga tiba di sini; dan yakin serta percayalah pula akan sejauh mana anda boleh meneruskan perjalanan."

Friday, October 06, 2006

Mutiara 24 - Reputasi & Kemuliaan

Kadang-kadang kesilapan berlaku apabila nama baik atau reputasi disalahertikan sebagai kemuliaan dan penghormatan. Bila itu berlaku, yang lupa akan terus terlupa.

"Nama baik atau reputasi adalah apa yang orang ketahui mengenai saya. Kemuliaan dan penghormatan adalah apa yang saya sendiri mengerti mengenai diri saya sendiri."

Thursday, October 05, 2006

Mutiara 23 - Cerdik & Bebal

Shakespeare kata,

"Orang yang bebal berasa dirinya pandai dan bijak, sedangkan orang yang bijak berasa dirinya bebal."

Wednesday, October 04, 2006

Mutiara 22 - Bergundah-gulana

Janganlah bergundah-gulana sekiranya mendapat kesusahan. Buangkanlah airmata barang sedikit, namun usahlah berpanjangan. Yang tenang, tetap dan bersih,
”Seseorang yang benar tidak akan peduli sama ada keseluruhan nilai dirinya musnah daripada hati-hati manusia semata-mata atas niat untuk memperbaiki hatinya sendiri. Dia tidak ingin manusia melihat walau sekecil manapun kebaikan dirinya, dan dia tidak kisah sekiranya keburukan atau kekurangannya diketahui oleh orang lain, kerana sekiranya sebaliknya, ia akan dilihat meninggikan dirinya di mata orang lain, dan itu adalah terkeluar daripada sifat-sifat orang yang siddiqin.”
Harith al-Muhasibi (R.A)

Tuesday, October 03, 2006

Mutiara 21 - Perasan

Melihat diri sendiri berbeza dengan melihat diri orang lain. Tidak akan sama apa yang saya inginkan dengan apa yang orang lain perhatikan, begitu:

"Biarkan dunia fana mengenalimu sebagai dirimu sendiri, bukannya mengikut apa yang engkau rasa dan mahu percaya segalanya mengenai dirimu itu." (Fannie Brice)

Monday, October 02, 2006

Mutiara 20 - Baik

"Bukankah tidak ada balasan bagi amalan yang baik, melainkan balasan yang baik juga?" (Ar-Rahmaan, 55:60)

Friday, September 29, 2006

Mutiara 19 - Tabiat

Saya pernah terbaca di mana-mana, bahawa

"Tabiat, bukannya alasan, yang selalunya mengawal hidup kebanyakan orang."

Thursday, September 28, 2006

Mutiara 18 - Membaca & menulis

Ingin dikenang dengan cara yang murni dan terbaik? Kenapa tidak memikirkan apa yang diucapkan oleh Benjamin Franklin ini, kurang lebih:
"Jika ingin terus diingati dan dikenang selepas sahaja anda mati dan mereput lalu meninggalkan dunia fana ini, lakukanlah sama ada perkara-perkara yang baik dan bernilai untuk dibaca, ataupun lakukan perkara-perkara yang baik dan bernilai untuk ditulis."

Wednesday, September 27, 2006

Mutiara 17 - Baca

Kata-kata Francis Bacon agak menarik mengenai membaca,
"Bacalah, bukan untuk menyanggah dan mengeliru; pun bukan untuk terus mempercaya dan kemudian tidak ambil endah; dan bukan juga untuk semata-mata mencetuskan perbualan dan wacana; sebaliknya untuk menilai dan mempertimbang."

Tuesday, September 26, 2006

Mutiara 16 - Holistik

Saya petik kata-kata seorang arkitek (Frank Lloyd Wright) yang sangat bermakna,

"Saya tidak akan pernah membina sesebuah bangunan tanpa melihat dan bertemu dengan orang yang akan menggunakannya terlebih dahulu."

Monday, September 25, 2006

Mutiara 15 - Menyoal

Kata Hazrat Ali bin Abu Talib,
"Bertanyalah untuk memahami sesuatu, dan janganlah menyoal kerana ingin mencari kesalahan; kerana tentunya orang yang tidak mengetahui itu ingin menjadi seorang yang berpengetahuan; dan tentunya seorang yang berpengetahuan tetapi cuba menyulitkan keadaan itu adalah merupakan orang yang bebal yang hanya ingin mencari kesalahan."

Thursday, September 21, 2006

Mutiara 14 - Undang-Undang Tidak Bertulis

Satu daripada bentuk undang-undang manusia adalah undang-undang tidak bertulis, atau unwritten law. Glaser & Way mengungkapkan bahawa,

"Apa yang menjadi masalah dengan mana-mana undang-undang tidak bertulis adalah, kita tidak tahu ke mana kita harus pergi untuk memadamkannya."

Wednesday, September 20, 2006

Mutiara 13 - Etika

Pernah sekali, Ghandi mengucapkan bahawa:

"Ada 7 kesalahan di dunia: kekayaan tanpa berusaha; keseronokan tanpa sedar; pengetahuan tanpa perwatakan baik; perniagaan tanpa moraliti; sains tanpa kemanusiaan; ibadat tanpa pengorbanan; dan politik tanpa prinsip."

Tuesday, September 19, 2006

Mutiara 12 - Persepsi

"Kepada mereka yang memikir, dunia adalah suatu komedi. Kepada yang merasa, dunia adalah suatu tragedi." (Horace Walpole)

Monday, September 18, 2006

Mutiara 11 - Bebal yang ikhlas?

Kata Luther King,

"Tidak ada yang lebih berbahaya di dunia ini selain daripada kebebalan yang ikhlas dan ketololan mengadili diri sendiri."

Friday, September 15, 2006

Mutiara 10 - Kekayaan

"Kekayaan adalah pedang bermata dua yang sangat tajam." (anonymous)

Wednesday, September 13, 2006

Mutiara 9 - Mudah & Payah

"Apa yang mudah seharusnya diselesaikan secara mudah; apa yang sukar dan payah seharusnya dipermudahkan." (Josef Müller-Brockmann)

Monday, September 11, 2006

Mutiara 8 - Manusia & Gergasi

"Oh! Alangkah hebatnya jika memiliki kekuatan seperti yang dipunyai gergasi; namun amatlah buruk dan hodohnya sekiranya menggunakan kekuatan itu seperti seekor gergasi." (Shakespeare)

Friday, September 08, 2006

Mutiara 7 - Yang Gagah

"Yang gagah itu bukanlah dia yang menumbangkan orang lain dengan menggunakan kekuatan fizikalnya, tetapi dia yang berupaya mengawal dirinya sendiri tatkala dalam kemarahan."
(RasulAllah s.a.w)

Thursday, September 07, 2006

Mutiara 6 - Sastera

"Merosot dan tumbangnya kesusateraan menggambarkan tumbangnya bangsa & negara."
(Johann Wolfgang Von Goethe)

Wednesday, September 06, 2006

Mutiara 5 - Ilusi

Ahli fizik, Stephen Hawking mengucapkan:

"Musuh terbesar apa-apa pengetahuan sekalipun sebenarnya bukanlah kejahilan; tetapi ilusi daripada pengetahuan itu sendiri."

Tuesday, September 05, 2006

Mutiara 4 - Menjangka Masa Depan

"Menjangkakan masa depan dengan merujuk masa-masa lampau mengandaikan bahawa keadaan tidak akan berubah. Ini seumpama memandu kereta dengan melihat cermin pandang belakang."
(Herb Brody)

Monday, September 04, 2006

Mutiara 3 - Bebal

"Ramai manusia yang tidak ingin kelihatan bebal; untuk menyembunyikan kebebalan, mereka memilih untuk kekal bebal sebenar-benarnya."(Alice Walker)

Friday, September 01, 2006

Mutiara 2 - Pemikiran Lama

Einstein berkata:

"Kita tidak boleh menyelesaikan masalah melalui pemikiran yang kita telah gunakan sewaktu menciptanya dahulu."

Mutiara I - Objektif

"Jika mencari siput dan tiram di lautan, anda akan menemui siput dan tiram; jika membukanya, anda akan memperoleh mutiara"

Al-Ghazalli